KOTA KINABALU: Seorang pekerja sambilan di Ladang Buaya Sandakan putus kaki dan terkulai tangan kanan setelah diserang oleh seekor buaya seberat 800kg yang dikenali sebagai Bujang Lapok.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, kejadian berlaku ketika penjaga tersebut hendak bermanja dengan sang bedal tersebut, selepas memberinya makan.

Lelaki berusia 35 tahun itu merupakan penjaga burung di ladang tersebut.

“Sekitar jam 1.45 petang, dia memberi makan buaya yang berusia 60 tahun itu dengan ayam sebelum mengusap muncungnya.

“Di luar kebiasaan, buaya sepanjang 5.5 meter tersebut tiba-tiba berpaling lalu menyerang mangsa.

Rakan pekerja mangsa yang melihat kejadian segera memberi bantuan dan berjaya memaksa Bujang Lapok melepasnya.

“Mangsa kini stabil setelah dihantar ke Hospital Sandakan untuk rawatan,” katanya lags. – Sarawakvoice