Thursday, December 9, 2021

Video kejadian pembunuhan Kim Jong Nam di KLIA2 Kini di Youtube

Secara Rawak


KUALA LUMPUR: Dunia mungkin dapat mengetahui kisah sebenar yang berlaku di KLIA2 pada pagi Isnin minggu lalu apabila video yang didakwa memaparkan bagaimana Kim Jong-nam dibunuh kini dapat ditonton melalui Youtube.

Dalam video berdurasi sekitar lima minit seorang lelaki berjaket membawa beg sandang dilihat berjalan ke arah papan jadual pelepasan elektronik dan melihat jadual penerbangan beberapa ketika.

Kemudian lelaki itu menuju ke kios daftar masuk sebelum dua wanita dari arah bertentangan datang dan seterusnya menyerkupnya dengan kain.

Selepas itu mereka berjalan selamba keluar dari kawasan itu.

Lelaki yang menyerupai Jong-nam kelihatan menuju pantas ke arah kaunter pertanyaan bagai memberitahu dua pegawai terbabait kejadian yang menimpa dirinya.

Sesudah itu Jong-nam dibawa menuju ke arah pintu pelepasan dan memberitahu dua orang anggota polis berpakaian seragam.

Polis terbabit dilihat membawanya ke klinik di KLIA2.

Episod awal kemudiannya diulang tayang bertujuan menjelaskan semula kejadian terdahulu.

Dua wanita, seorang warganegara Vietnam dikenali senagai Doan Ti Huong yang memakai baju LOL dan seorang warga Indonesia, Siti Aisyah yang terbabit telah ditangkap polis.

Kejadian menggemparkan itu telah menarik perhatian media antarabangsa.

Video yang dimuat naik dalam Youtube ini dijangka akan mendapat kadar tontonan tinggi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru