Hanya mangsa tanah runtuh, tiada pemindahan banjir – Sekretariat Bencana

Tular palsu yang mengatakan Long Busang tenggelam

KUCHING: Tiada pemindahan mangsa dicatatkan di seluruh Sarawak sejak 24 jam lalu akibat banjir.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, hanya Bahagian Bintulu melaporkan hujan manakala lokasi lain, cerah.

“Air dilaporkan naik pada Sabtu tapi surut pada Ahad, dan tidak terlalu menjejaskan keadaan.

“Cuma berlaku tular di Bahagian Kapit yang mengatakan Sekolah Kebangsaan Long Busang di Hulu Belaga ditenggelami air separas bumbung, tetapi siasatan mendapati keadaan itu tidak benar.

Ismail berkata, pemantauan di Rumah Panjang Haron di Bintangor pada Sabtu dan Ahad pula mendapati dua daripada 23 pintu di rumah tersebut runtuh berasingan.

“Ia berikutan rumah tersebut dinaiki air akibat hujan lebat sebelum itu.

“Namun kejadian ini tidak melibatkan sebarang kecederaan.

“Mangsa yang terlibat ialah Tuai Rumah Haron Ribut dengan sembilan ahli keluarga dan Monnie Minggu (2 orang)

Kata Ismail, berdasarkan maklumat meteorologi, untuk tempoh 24 jam seterusnya, hujan dan ribut petir dijangkakan di 10 hingga 30 peratus di  kawasan di setiap Bahagian di negeri ini. – Sarawakvoice