Friday, August 19, 2022

Sibu masuk Malaysia Book of Records

Secara Rawak

Baru-baru ini bandar Sibu telah digemparkan dengan kejayaan dalam acara menulis kaligarfi Cina yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Cina (UCA) sempena Tahun Melawat Sibu 201.

Kejayaan ini sekali gus melonjakkan nama Sibu ke peringkat yang lebih tinggi. Penyertaan 6,140 orang peserta dalam acara menulis kaligrafi Cina ini telah berjaya menempa nama Sibu sebagai penyertaan teramai dalam The Malaysian Book Of Records berbanding dengan rekod sebelum ini dalam acara yang sama yang telah diadakan di Teluk Intan,Perak iaitu penyertaan peserta sebanyak 3,067 orang.

Acara menulis kaligrafi Cina ini telah diadakan di Unicity dan disertai peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu,penyertaan pelbagai peserta yang berbeza latar belakang kaum dan agama ini secara tidak langsung berjaya memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat Sibu sekali gus membolehkan kaum lain untuk mengetahui dan mengenali dengan lebih dekat mengenai budaya kesenian masyarakat Cina.

Menurut adat masyarakat Cina, menulis dan menggantung kaligrafi Cina ini merupakan tradisi turun-temurun yang dilakukan oleh masyarakat Cina pada setiap Tahun Baru Cina bagi memperoleh keberkatan semasa menyambut perayaan tersebut.

Pengerusi Persatuan Jawatankuasa Gabungan Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Temenggung Datuk Vincent Lau berkata dalam majlis pengumuman kejayaan tersebut, beliau memuji kejayaan penganjuran acara ini dilakukan sempena Tahun Melawat Sibu dan sempena Ulang tahun UCA yang ke-40 telah mendapat sambutan baik daripada pelbagai pihak dan penduduk Sibu.

Selain itu, menurut dua peserta, iaitu adik Nur Najwa Musaini dan adik Hazryn Hazz Hayeh, pelajar Tingkatan 5 SMK Chung Hua, ini merupakan penyertaan pertama mereka dan sekali gus telah memberi pengalaman baharu kepada mereka sebelum menamatkan persekolahan kelak.

Menurut mereka , walaupun  tidak pandai menulis kaligrafi Cina, tetapi rakan-rakan mereka yang berbangsa Cina tetap sudi menghulurkan bantuan untuk mengajar mereka menulis kaligrafi ini.

Oleh itu, program seperti ini dapat dijadikan sebagai platform utama untuk merapatkan silaturahim antara kaum yang berbeza sejak di bangku sekolah.

Acara seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang bagi mengaktifkan lagi semangat perpaduan dalam rakyat Malaysia. Pencapaian rekod baharu bagi acara ini telah disahkan oleh Lee Pooi Leng, merupakan Pengurus Pejabat Malaysian Book Of Records dengan pengumuman yang dilakukan baru-baru ini dan disaksikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Hadir sama dalam program ini ialah Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Datuk Thiong Thai King, Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee, Pengerusi Persatuan Jawatankuasa Gabungan Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Temenggunh Datuk Vincent Lau, Presiden UCA Sibu Kong Hian Khim,penaja lokasi dan Penasihat Kehormat UCA Sibu Datuk Toh Chew Hock, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Baharin Abdullah dan Temenggung Wan Hamid Edruce. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru