Sunday, December 5, 2021

Terlebih bijak, wanita telefon polis, adu harga ganja naik di pasaran!

Secara Rawak

SYDNEY: Selepas menerima panggilan “aneh” daripada seorang wanita, polis utara Australia memberi reaksi sinis menyiarkan kenyataan di Facebook berbunyi, “Jika anda mengenali pengedar dadah yang mengenakan bayaran tinggi, sila hubungi kami. Bantuan sedia diberikan.”

Beribu-ribu pengguna Facebook memberi komen tentang kenyataan tersebut sebagai melucukan dan wujudnya pengumuman di sebalik kenyataan tersebut yang lebih melucukan.

ppd

Menurut Daily Mail, 30 Januari lepas, seorang wanita yang mungkin rasakan dirinya terlebih pandai, membuat panggilan dan cuba mengadu kepada polis agar menyiasat tindakan pengedar ganja di bandar tersebut yang dianggap melampau kerana menaikkan harga ganja.

Wanita berkenaan tidak berpuas hati dengan pengedar dadah yang meminta bayaran lebih daripada biasa semasa dia cuba mendapatkan ganja berkenaan.

Bagaimanapun, apabila pihak polis cuba mendapatkan lebih banyak maklumat daripada wanita tersebut, dia segera menamatkan panggilan telefon berkenaan.

Mungkin merasakan ia sesuatu yang lucu, atau terkilan dengan perbuatan terlebih bijak wanita berkenaan, polis menghebahkan berita tersebut bersama-sama pengumuman bersifat sinis kepada warganet.

Seperti kebanyakan negara, walaupun ganja dibenar ditanam untuk tujuan perubatan pada pertengahan 2016, namun penggunaan ganja tetap dianggap salah mengikut undang-undang Australia.

Mengikut Wikipedia, ganja paling banyak digunakan sebagai ubat terlarang di Australia dengan anggaran 750,000 warganya mengambil ganja setiap minggu. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru