KABONG: Penduduk Kampung Hulu Laut di sini gempar apabila tiga beradik dibawa kereta Perodua Kancil terjun dari jeti dan terus masuk ke dalam air masin petang semalam.

Turut terjun ke dalam air adalah dua buah motosikal .

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika tiga beradik sedang seronok mendengar lagu di dalam kereta milik ayah mereka yang baharu saja dibeli tiga bulan yang lalu.

Menurut saksi, kereta berkenaan diletakkan di tepi rumah dan di bahagian belakang kereta itu turut diparkirkan dua buah motosikal.

Tiga beradik berkenaan iaitu dua perempuan dan seorang lelaki mengambil peluang bermain di dalam kereta sewaktu ayah mereka tiada di rumah.

Bagaimanapun secara tanpa disedari salah seorang daripada tiga beradik itu telah tersentuh ‘gear’ kereta jenis automatik itu menyebabkan kereta berkenaan mengundur dan terhumban ke bawah jeti dan masuk ke dalam air masin.

Begitupun tiga beradik berkenaan bernasib baik kerana dapat keluar dengan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian itu membuat penduduk kampung itu riuh dan keluar beramai-ramai untuk memberi bantuan.

Berkat kerjasama dan semangat muafakat yang tinggi penduduk, kereta kancil berkenaan berjaya dibawa naik hanya dengan tenaga penduduk tanpa menggunakan bantuan mesin. – Sarawakvoicekancil terjun02

kancil terjun01