Berus cat dengan logo halal palsu dirampas di Pending

1
48

KUCHING: Keraguan terhadap wujudnya status berus yang dicetak logo halal pada gagangnya di pasaran Miri membawa kepada serbuan pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak di sebuah gudang pemborong di Pending dekat sini petang tadi.

Menurut Ketuanya, Abdul Hafidz Abdul Rahim, serbuan itu membolehkan pihaknya merampas 896 berus cat yang tertera tanda halal palsu, yang tidak pernah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS)

“Kita lakukan serbuan ini setelah mendapat aduan daripada orang ramai.

“Dan berdasarkan siasatan awal, jelas produk ini tidak pernah mendapat persijilan halal daripada JAIS,” katanya.

Tiga pegawai JAIS turut hadir dalam operasi tersebut.

Kata Abdul Hafidz lagi, semua berus tersebut telah berada dalam simpanan pemborong telah disita dan nilai rampasan dianggarkan RM2728.96.

“Kita juga akan mengadakan pemeriksaan di semua premis barangan industri dan di pasaran runcit untuk memastikan produk ini tiada dalam pasaran.

“Sekiranya ditemui, ia juga akan dirampas.

Sehubungan itu katanya, orang ramai diminta untuk memaklumkan pasukan penguatkuasa KPDNKK dan JAIS sekiranya terjumpa produk mencurigakan tersebut.

Abdul Hafidz menambah, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut, dan pemborong tersebut disiasat di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011).

“Di bawah perintah ini, mereka yang sabit kesalahan akan dihukum denda maksimum RM200 ribu untuk syarikat dan RM100 ribu untuk individu, atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sampel berus tersebut katanya lagi, telah dihantar ke Jabatan Kimia, untuk diproses bagi memastikan jenisnya bulunya.

Syarikat pengeluar tersebut dipercayai berasal dari Johor. – Sarawakvoice

1 COMMENT

  1. Knp perlu nk rampas??klu dh tahu xhalal…jgn la beli..bg la yg non muslim je beli…usahawan melayu buat la berus yg halal plak n dijual kpd melayu…yg bulu babi 2 ltak la label non halal..hbs cita…klu sita2 mcm 2 sp nk byr kerugian kpd peniaga?sbb dia beli pki duit jg bnda 2 dr kilang…fkir2 kan lah demi keharmonian keagamaan di malaysia..

Comments are closed.