Monday, August 8, 2022

Jiwa Murni di Kampung Sampadi meriah dan mengujakan

Secara Rawak

LUNDU: Institusi ketenteraan semalam diingatkan supaya sentiasa mendekatkan diri dengan rakyat melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti program Jiwa Murni.

Panglima Briged Ketiga Infantri, Brigadier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin berkata, program kemasyarakatan tentera bersama rakyat merupakan peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk mengenali secara lebih rapat lagi akan gerak kerja tentera.

“Secara tidak langsung hubungan yang rapat ini memudahkan perkongsian maklumat terutamanya yang berkaitan soal keselamatan,” tegasnya ketika merasmikan Program Jiwa Murni di Kampung Sempadi dekat sini semalam.

Program yang berslogankan “Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada” tersebut disertai 137 anggota tentera dan penduduk kampung berkenaan.

Dianjurkan oleh 3 Skuadron Semboyan Diraja, Kem Penrissen, antara aktiviti yang diadakan termasuklah sukan rakyat, futsal, pertandingan mewarna, pameran peralatan/kelengkapan tentera, kaunter pemeriksaan kesihatan, kaunter pergigian dan kaunter pendaftaran Askar Wataniah.

Turut hadir Panglima Briged Ke-31 Infantri, Brigadier Jeneral Dato Fadzil Tajudin dan Ketua Kampung Sempadi, Ambi Uri. – Sarawakvoice

jiwa murni02 jiwa murni01 jiwa murni00

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru