INGORIA, India: Akibat bermain kayu tiga dan bersetubuh dengan lelaki lain seorang suami di sini tidak dapat menahan kemarahannya, lalu memenggal kepala isterinya dengan pedang.

Bukan kali pertama berhubungan jenis dengan kekasihnya, si isteri yang berusia 28 tahun meskipun diberi nasihat dan amaran, tetap meneruskan hubungan dengan kekasihnya, tanpa mempedulikan perasaan petani itu.

Akhirnya, kerana dikuasai rasa marah yang melampau, Narayan Singh, 38, mengintip dan menjejaki pergerakan isteri dan kekasihnya.

Rasa berangnya tidak dapat dikawal ketika isterinya dilihat bersetubuh dengan lelaki lain di sebuah pondok 30 Januari lalu dan ini bukan kali pertama dia berbuat demikian.

Bagai singa naik marah, Narayan menjinjing kepala isterinya sejauh tiga kilometer ke balai polis.

pancong02

“Isteri saya main kayu tiga. Dia curang. Kerana itu saya penggal kepalanya. Sudah dua kali saya nasihatinya, tetapi dia tak mahu dengar,” kata Narayan kepada penduduk kampung Ghreli di sini, sebuah daerah di Madhya Pradesah seperti dipetik media di sini.

Meskipun menangkap pasangan itu dua kali sebelum itu, Narayan tidak mengambil tindakan nekad, namun terus mengawasi pergerakan mereka untuk beberapa hari.

Narayan akan dihadapkan ke mahkamah akhir bulan ini.

Pegawai penyiasat, Vijay Khatri seperti dipetik metro.co berkata: “Narayan Singah mengesyaki sesuatu tentang isterinya, bahawa dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Pada 30 Januari dia memenggal kepala isterinya, kerana terlalu marah.”

Terdapat hampir 310,000 jenayah terhadap wanita di negara itu pada 2013, termasuk hampir 34,000 kes rogol dan hampir 52,000 kes culik. – Sarawakvoice

pancong01