Sunday, January 23, 2022

Lelaki maut selepas terlibat kemalangan jam 3.30 pagi di Sarikei

Secara Rawak

SARIKEI: Seorang lelaki maut selepas mengalami kecederaan parah di leher apabila terlibat dalam kemalangan yang membabitkan tiga kenderaan di Jalan Paradom dekat sini semalam.

Pemangku Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Asisten Superintendan Mathew Manggie berkata, insiden berlaku sekitar jam 3.30 pagi semalam, apabila kereta yang dipandu mangsa terbabas ke laluan bersebelahan.

“Mangsa telah terlanggar tayar belakang sebuah pacuan empat roda menyebabkan ia berpusing sebelum dirempuh oleh sebuah kenderaan lain.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan di leher dan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11.48 pagi.

Identiti mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Ho Seng Hock, 40 tahun dari Jalan Salim, Sibu.

Mangsa daripada kenderaan lain katanya, hanya mengalami cedera ringan.

Jelas Mathew, siasatan lanjut berhubung punca kes sedang berjalan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru