Sunday, September 25, 2022

Jamilah Anu diumum calon Tanjung Datu

Secara Rawak

PETRAJAYA:  Datuk Amar Jamilah Anu, balu bekas Ketua Menteri diumumkan sebagai calon Barisan Nasional  bagi kerusi Tanjung Datu untuk pilihan raya kecil  pada 18 Februari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di Ibu Pejabat PBB, sebentar tadi.

Pengumuman Abang Johari yang juga pemangku pengerusi BN Sarawak menamatkan segala teka-teki yang menyelubungi persoalan, siapa yang bakal dipilih.

Sebelum ini empat nama  disenarai pendek dan PBB telah berusaha untuk mendapatkan maklum balas bagi menentukan calon yang paling sesuai.

Pilihan raya kecil (PRK) DUN Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima, Adenan, akibat komplikasi jantung pada 11 Jan lepas, di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 Mei tahun lepas, Adenan, 72, mendapat 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi.

Jazolkipli hanya meraih 468 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Adenan ialah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak PRN 2006.

Jamilah merupakan calon utama kerana banyak sebab.

Satu daripadanya kerana sebagai isteri Adun kawasan terbabit beliau biasa dengan pengundi di kawasan terbabit.

Jamilah mendapat pendidikan awal di ST Stephen Primary School, Bau dari 1962-67.

Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kerajaan Bau dari 1968-72.

Sesudah itu, Jamilah meneruskan  pelajaran ke peringkat diploma Sains Kesetiausahaan di cawangan ITM, Sabah dari 1973-75.

Jamilah  yang terkenal dengan aktiviti amal dan sukarela bukan asing dalam dunia politik.

Difahamkan nama beliau dicalonkan oleh PBB Bahagian beberapa hari lalu, dan turut mendapat sokongan MKT PBB.

Beliau banyak menyumbang dalam bidang pendidikan, kesihatan dan alam sekitar di Sarawak, dan disenangi kerana wataknya yang keibuan dan tidak sombong.

Wanita berusia 61 tahun itu popular dalam kalangan rakyat Sarawak terutama selepas Adenan menjadi Ketua Menteri pada 2014.

Berdasarkan statistik pada April 2016, daripada 9,899 pengundi berdaftar, 53.2 peratus ialah Melayu, Cina 17.6 peratus, Iban 18.9 peratus, Bidayuh 9.8 peratus, dan lain-lain 2.3 peratus.

Pada pilihan raya negeri lalu, Adenan meraih 6,360 undi, manakala calon PKR Jazolkipli Numan  hanya mendapat 468 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 4 Feb, pengundian awal pada 12 Feb manakala hari pembuangan undi pada 18 Feb. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru