3 suspek Daesh dicekup Bukit Aman

0
7

KUALA LUMPUR: Tiga lagi suspek yang terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas Daesh berjaya ditangkap di Pahang dan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketiga-tiga mereka ditangkap dalam operasi khas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas pada 27 hingga 29 Januari lalu.

“Suspek pertama berusia berusia 37 tahun, pemastautin tetap Malaysia berstatus warganegara Indonesia.

daesh kantoi02

“Suspek yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan Malaysia Airlines Berhad ditangkap di Kuantan, Pahang pada 27 Januari.

Suspek kata Khalid, pernah ke Turki pada tahun 2013 dan menjalin hubungan dengan rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan militan itu.

“Suspek juga merancang untuk membawa isterinya ke Syria dan menyertai kumpulan tersebut.”

Khalid berkata, ketika ditangkap, polis turut merampas senapang angin jenis airsoft dan tiga buku jilid ‘Tabiyyah Jihaddiyah’.

“Suspek kedua juga Pengawal Keselamatan tetapi bersama sebuah syarikat swasta.

“Dia yang berusia 32 tahun merupakan ahli kumpulan Daesh Malaysia, ditangkap pada 27 Januari di Kuantan.

daesh kantoi01

“Dipercayai suspek berhasrat untuk menyertai perjuangan militan tersebut di Syria.

Turut dirampas daripadanya, senjata jenis shotgun Trusty PM4.

Menurut Khalid, suspek ketiga ditangkap di Kuala Lumpur pada 29 Januari.

Berusia 38 tahun, suspek yang juga seorang penganggur mengaku menyokong perjuangan Daesh dan telah membuat ugutan untuk melancarkan serangan bom kepada Jabatan Mufti Negeri Sembilan kerana tidak mengikut syariat Islam.

Suspek, kata Ketua Polis Negara pada 27 Januari pernah mengugut menerusi akaun facebook untuk membuat serangan bom di Kuala Lumpur.

Kesemua suspek ini ditangkap di bawah Bab VIA- Kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). – Sarawakvoice

daesh kantoi00