Wednesday, September 22, 2021

Seorang parah, rakan patah tangan dirempuh kereta di Bulatan Gersik

Mesti baca

KUCHING: Seorang penunggang motosikal parah manakala pemboncengnya patah tangan, gara-gara seorang pemandu kereta gagal mengawal kenderaannya seraya merempuh mereka dari tepi berhampiran Bulatan Gersik dekat sini, awal pagi tadi.

Akibat rempuhan tersebut, motosikal mangsa jenis Honda tercampak ke dalam longkang manakala kenderaan Honda City yang dipandu seorang lelaki dari Taman Palma Indah melanggar sebatang pokok sebelum terjunam ke dalam longkang.

Menurut Pemangku Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Negeri, Asisten Superintendan Mathew Manggie, kejadian berlaku sekitar jam 1.30 pagi.

“Pemandu kenderaan Honda City tersebut hanya mengalami luka ringan manakala kedua-dua penunggang dan pembonceng motosikal dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak dengan menggunakan ambulans dan Angkatan Pertahanan Awam.

Kata Mathew, punca kemalangan masih disiasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru