Tuesday, December 6, 2022

Poliklinik sesak: Ambil ubat di UTC dan luar waktu pejabat, poskan ubat

Secara Rawak

KUCHING: Berikutan ketetapan baru bagi pengambilan ubat-ubatan secara setiap bulan oleh Kementerian Kesihatan bermula Oktober 2016, kini berlaku kesesakan di kaunter ubat farmasi Poliklinik.

Sebelum ini, pesakit yang mengambil ubat dari farmasi Poliklinik biasanya mempunyai bekalan ubatan untuk setiap tiga bulan.

Langkah baru kementerian itu bertujuan mengelak pembaziran ubat, mengurangkan risiko penyalahgunaan ubat dan mengekalkan kualiti ubat tersebut.

dr sim ubat03 Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian pada Isnin mengadakan pertemuan dengan Jabatan Kesihatan Negeri dan pegawai Kementerian Kesihatan, mengambil langkah drastik menyelesaikan masalah tersebut khususnya di Poliklinik Batu Kawa.

Poliklinik tersebut yang dibina untuk menampung keperluan 325 orang sehari kini meningkat kepada 850 orang sehari.

Terdapat pesakit kronik yang terpaksa menunggu lama demi mengambil bekalan ubat mereka setiap bulan.

dr sim ubat02

Selepas melawat farmasi Poliklinik Batu Kawa, Sim berkata antara langkah yang dipersetujui mengatasi masalah yang timbul ialah bermula 1 Februari depan, ahli farmasi dari klinik kerajaan yang lain dikerah bergilir bertugas di klinik tersebut.

Kaunter ubat juga dibuka pada waktu makan tengah hari.

Katanya pesakit juga boleh mengambil ubat di Klinik 1Malaysia yang terdapat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Sabtu dan Ahad.

Selain itu, kaedah bayaran pos digunakan dengan ubat tersebut dihantar kepada pesakit menerusi perkhidmatan PosLaju.

Sim turut mengumumkan Klinik 1Malaysia bakal didirikan di Batu Kawa. – Sarawakvoice
dr sim ubat01 dr sim ubat00

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru