Subeng Mula mulakan langkah untuk jadi calon Saratok

0
13

SARATOK: Drama politik di kawasan P.205 Saratok semakin menarik apabila episod menonjolkan diri semakin rancak dilakukan oleh individu-individu yang mengintai peluang untuk menjadi calon Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Petang semalam, Encik Subeng anak Mula,52 tahun, seorang lagi yang dikaitkan dengan bakal calon berpotensi mengadakan program Sambutan Tahun Baru 2017 bersama komuniti setempat di Rumah Jupiter Sungai Bansu, Ulu Krian Saratok.

Subeng yang berasal dari Kaki Wong Saratok telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Drau Saratok dan meneruskan persekolahan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili sebelum menyambung pelajaran di SMK Sri Aman. Seterusnya Subeng melanjutkan pengajian ke UiTM di Kuching.

Beliau mememulakan kerjayanya di Bintulu pada tahun 1985 dengan memegang jawatan dalam Petronas.

Manakala pada tahun 2000 beliau membuka syarikat perniagaan sendiri yang menjadi pembuka langkah awalnya sebagai seorang usahawan dan kekal hingga hari ini.

Subeng yang sudah berumah tangga kini memiliki dua cahaya mata seorang lelaki dan seorang perempuan.

Beliau petang semalam memilih untuk memulakan langkah awalnya mempromosi diri di kawasan kubu kuat Parti Keadlilan Rakyat (PKR) berhampiran kampung halamannya sendiri sebagai pembangkit semangat.

Subeng seorang yang cepat mesra berjanji jika dipilih sebagai calon akan melakukan tranformasi dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua penduduk di kawasan yang diwakilinya. – Sarawakvoice