Tuesday, December 6, 2022

Polis berpangkat sarjan maut kenderaan langgar saluran paip di Kota Sentosa

Secara Rawak

KUCHING: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Stakan, Kota Sentosa dekat sini malam tadi.

Menurut Pemangku Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Asisten Superintendan Mathew Manggie, kejadian berlaku sekitar jam 8 malam, ketika mangsa sedang memandu untuk pulang ke rumahnya di Taman Samarindah, Kota Samarahan.

“Mangsa yang memandu kenderaan Toyota Avanza berwarna hitam dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh di lokasi sebelum terbabas melanggar saluran paip besar di bahu jalan.

sarjan maut-0001

“Ia menyebabkan kenderaan tersebut mendarat ke dalam parit di sebelah kiri jalan yang menghala ke Kota Samarahan.

Mangsa kata Mathew, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba kemudian.

“Punca dan faktor kemalangan masih disiasat. Keadaan jalan dua hala itu agak sempit, berselekoh, dan gelap namun cuaca baik.

Mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Rogers Misat, 44 tahun, anggota pasukan Briged Sarawak yang berpangkalan di Kem Batu Kawa.

Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk proses bedah siasat.

Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sarawakvoice

sarjan maut-0000

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru