Sunday, September 25, 2022

Najib mahu hubungan M’sia dengan presiden baru AS terus kukuh

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: “Saya menaruh harapan untuk bekerjasama dengan Presiden Trump.

“Saya yakin di bawah kepimpinan beliau dan saya, hubungan antara AS dan Malaysia bertambah kukuh.

“Dan kita akan menjadi rakan setia bagi keamanan dan kestabilan di rantau ini,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan tahniah kepada Donald Trump yang mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-45.

Trump dari Parti Republikan, mengangkat sumpah pada Jumaat di Washington selepas menewaskan calon Parti Demokrat Hillary Clinton dalam saingan pemilihan presiden AS hujung 2016.

Menurut Najib dalam kenyataan media pada Sabtu, bahawa hubungan AS-Malaysia berkembang sejak tahun kebelakangan ini, sehingga mencapai peningkatan kepada perkongsian komprehensif pada 2014.

Najib memuji usaha Trump menyandang jawatan tersebut melalui liku perjalanan politik luar biasa.

Beliau megambil kesimpulan bahawa ahli politik tidak harus memandang ringan akan kuasa di tangan pengundi.

Bagi Najib, Trump cuba bersuara untuk Amerika yang dirasakan telah terabai sekian lama kerana banyak memfokuskan percaturan politik luar negara. – Sarawakvoice

najib-0002 najib-0001 najib-0000

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru