Mawan siap sedia pertahan kerusi P.205 Saratok

0
5

SARATOK: Penyandang kerusi Parlimen untuk kawasan P.205 Saratok, Tan Sri Dato’ William Mawan Ikom kini siap sedia untuk kembali beraksi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang akan datang.

Kesediaan dan semangat Mawan mempertahankan kerusi yang dimenangi dalam PRU Ke-13 yang lalu dengan tiket Barisan Nasional ( BN) jelas ditunjukkan dengan kehadirannya dalam Majlis Makan Malam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahasa Malaysia Saratok malam tadi.

Mawan yang merasmikan majlis berkenaan turut mengucapkan terima kasih atas sokongan penduduk di kawasan itu kepadanya selama ini.

mawan kabong02

Beliau seterusnya mengumumkan buah tangan berjumlah RM230,000 bagi tujuan menambah baik prasarana sekolah berkenaan yang banyak rosak dan perlu dibaiki segera.

Majlis yang berlangsung di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Min Syn Saratok dihadiri oleh lebih 1000 tetamu yang terdiri daripada bekas pelajar SMK BM Saratok sejak sekolah berkenaan ditubuhan lebih 30 tahun yang lalu.

Selain Mawan, ADUN Kalaka, Datuk Haji Abdul Wahab Aziz yang berwakilkan Konselour Haji Mohammad Duri turut menyumbang sebanyak RM10,000. ADUN Saribas, Mohd. Razi Sitam yang juga bekas pelajar sekolah berkenaan dari tahin 1991 hingga 1992 turut menyumbang sebanyak RM3,000.

Datuk Wahab dan Razi bagaimanapun tidak dapat hadir pada majlis berkenaan kerana terpaksa hadir majlis berasingan di Kuching.

ADUN N.40 Kabong, Mohd Chee Kadir yang juga tidak dapat hadir pada majlis itu dikatakan berjanji akan menyalur sumbangan namun tidak menyatakan jumlah sumbangan yang akan diberikan.

Pengerusi Alumni SMKBM Saratok, Radzaal Uji memberitahu dengan adanya sumbangan daripada pihak wakil rakyat dan bekas pelajar sekolah tersebut diharap akan dapat digunakan untuk mengembalikan kegahan sekolah itu seperti ketika kegemilangannya pada era 80-an hingga 90-an. – Sarawakvoice

mawan kabong01 mawan kabong00 mawan kabong03