Monday, August 15, 2022

Lagi penunggang motosikal maut dirempuh malam tadi, kali ini di Samarahan

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 4, Jalan Dato Muhammad Musa, Samarahan, lewat malam tadi.

Pemangku Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Asisten Superintendan Mathew Manggie berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11.45 malam melibatkan sebuah kenderaan Perodua Kancil dan motosikal.

Berdasarkan siasatan awal katanya, pemandu kenderaan Perodua Kancil itu sedang memandu ke arah Kuching dari Kota Samarahan, manakala motosikal yang ditunggang mangsa bergerak dari arah bertentangan.

“Motosikal tersebut bagaimanapun termasuk ke laluan bersebelahan dan melawan arus, hingga gagal mengelak pertembungan dengan kenderaan Perodua Kancil itu, yang dipandu lelaki asing, yang bekerja di sebuah loji hidro di negeri ini.

“Impak pertembungan tersebut menyebabkan kenderaan Perodua Kancil remuk bahagian pintu kirinya, manakala penunggang motosikal terbabit terpelanting dan mengalami kecederaan parah.

“Akibat kecederaan parah tersebut, mangsa maut di lokasi kejadian.

Pasukan paramedik Hospital Umum Sarawak yang tiba kemudiannya mengesahkan kematian mangsa, kata Mathew.

“Pemandu kenderaan Perodua Kancil turut mengalami kecederaan pada bahagian dada dan kaki, dan kini dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Kata Mathew, punca kemalangan masih dalam siasatan memandangkan ia berlaku di jalan dua hala namun gelap kerana ketiadaan lampu jalan.

Mangsa yang maut kemudian dikenal pasti sebagai Steward Jarau, 31 tahun dari Kampung Rembus dekat sini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru