Wednesday, December 7, 2022

Lagi kubur balak ditemui, terkini di Samarakan

Secara Rawak

BINTULU: Siasatan lanjut terhadap tapak yang mencurigakan membolehkan pasukan penguatkuasa Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Pusat Pematuhan Sehenti di Sungai Mas, Samarakan melumpuhkan cubaan untuk mencuri balak di sini, Khamis lalu.

Menurut kenyataan SFC semalam, pasukan tersebut sedang melaksanakan rondaan rutin di sepanjang Jalan Samarakan dan apabila tiba berhampiran Sungai Sera, mereka menemui kesan dan tapak yang mencurigakan.

balak haram01 balak haram00

“Siasatan lanjut kemudian menemui 70 batang balak dengan berat keseluruhan 72.6 kubik meter padu ditanam bersama-sama ranting pokok untuk penyamaran.

“Pasukan yang terlibat kemudian menggali kawasan yang disyaki kubur balak tersebut dan menemui lebih banyak kayu balak yang tertanam.

Balak-balak ini kata kenyataan itu lagi, jelas daripada sumber yang haram kerana tapak dan kawasan tersebut tidak dilesenkan untuk pengeluaran balak.

Laporan polis kemudian direkodkan di Balai Polis Bintulu pada hari yang sama dan kes tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk siasatan lanjut dan aktiviti pelupusan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru