Monday, November 28, 2022

Banjir kilat landa Marudi, tujuh keluarga berpindah ke pusat pemindahan dewan suarah

Secara Rawak

MARUDI: Hujan luar biasa tanpa henti selama lima setengah jam sejak jam 5.30 petang semalam menyebabkan air sungai melimpah dan banjir kilat berlaku di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Gabriel Risut, keadaan tersebut menyebabkan penghuni dua rumah panjang di tebing Sungai Gudang dekat sini terpaksa dipindahkan selepas air melepasi tahap bahaya.

“Perpindahan melibatkan 57 mangsa dari Rumah Adam dan Rumah Jimbau, dan mereka dipindahkan ke Dewan Suarah Marudi,” katanya lagi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.40 malam.

“Sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota kemudian dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, dan tiba 20 minit kemudian.

“Tinjauan awal di Rumah Adam kemudian mendapati air melimpah sehingga dua kaki di dalam rumah, menyebabkan penghuninya bersetuju untuk berpindah.

“Proses perpindahan melibatkan 27 lelaki dan 30 perempuan kemudian digerakkan.

Menurut Farhan, maklumat lapangan memaklumkan sehingga jam 11 malam tadi, air mula menunjukkan tanda-tanda surut, namun masih menjejaskan kawasan rendah.

Sehingga jam 1 pagi tadi pula, sebanyak tujuh keluarga masih menghuni pusat pemindahan tersebut, yang melibatkan 33 individu dari Rumah Adam. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru