Saturday, December 3, 2022

Abang Johari kekalkan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg hari ini menegaskan bahawa beliau akan meneruskan dasar Tan Sri Adenan Satem sebelum ini yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar rasmi kedua Sarawak.

Berucap pada Majlis Makan Malam Amal Save St Teresa di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi, Abang Johari berkata, pendekatan ini penting untuk memastikan rakyat di negeri ini tidak berasa “terasing” apabila berada di luar negara.

abang jo teresa01

“Bagi masyarakat Sarawak, penguasaan bahasa Inggerisnya adalah baik.

“Kerana itu kita mampu berkomunikasi di peringkat antarabangsa, terutama ketika menghadiri seminar dan sebagainya,” katanya lagi.

Adenan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Sarawak setelah melihat kemerosotan penguasaannya dalam kalangan generasi muda hari ini.

Sambil menyalahkan sistem pendidikan yang tidak tetap dan berbolak-balik, Adenan membuat keputusan yang mendapat bantahan dan kritikan pejuang bahasa Melayu.

Pada masa yang sama, katanya, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, masih dikekalkan.

Abang Johari berkata, beliau mempertahankan tindakan Adenan itu, sebagai usaha untuk membawa Sarawak maju ke hadapan.

“Penguasaan bahasa Inggeris itu sendiri dengann sempurna membolehkan kita mendapat ilmu dan pengetahuan yang lebih,” tegasnya lagi.

Pada majlis tersebut, Abang Johari mengumumkan tambahan sumbangan sebanyak RM500 ribu daripada Kerajaan Negeri untuk projek bina semula blok dewan SMK St Teresa.

Sumbangan itu melengkapkan RM1.5 juta daripada Kerajaan Negeri, setelah Adenan sebelum ini menyumbang RM1 juta.

Pada masa yang sama, Abang Johari turut mengumumkan sumbangan Badan Amal Tenaga Isteri- isteri Sarawak (Sabati) sebanyak RM50 ribu, yang kini diketuai oleh isterinya, Datin Amar Jumaa’ni Tuanku Haji Bujang. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru