Wednesday, December 7, 2022

Ikat kaki, tutup mulut kanak-kanak, pengurus, pekerja taska ditahan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Selepas foto tiga kanak-kanak diikat kaki dan tangan serta mulut ditutup viral di laman sosial, polis segera menahan empat wanita bagi membantu siasatan.

Kanak-kanak malang berkenaan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata semua wanita berkenaan, berusia 24-46 tahun ditahan pada petang Jumaat.

Tiga wanita pekerja taska ditahan di taska tersebut di Bandar Baru Bangi, 4.20 petang.

Bernama melaporkan, polis turut menahan pengurus taska berkenaan, wanita berusia 46 tahun di pangsapuri di Bangi 5 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurut Othman, kanak-kanak terbabit juga menjalani pemeriksaan di hospital dan setakat ini tiada kecederaan fizikal dilaporkan. – Sarawakvoice

16142952_280364899045879_9159061236864531185_n

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru