RM147 juta selesaikan isu gangguan bekalan elektrik Matu, Daro

MUKAH: Gangguan bekalan elektrik yang sering menghantui warga Matu dan Daro bakal berakhir akhir tahun ini.

Kini, Sarawak Energy Berhad (SEB) membina kemudahan elektrik baharu bernilai RM147 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri Daro Safiee Ahmad mengumumkan projek tersebut melibatkan pembinaan menara grid 100 kilometer dari Matadeng ke Daro.

Turut dibina ialah substesen dua transformer berkapasiti 20 MVS setiap satu.

Ketika melawat tapak projek, Safiee berkata projek berkenaan siap 45 peratus, sebelum siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Pengguna di kawasan Matu dan Daro sering mengalami gangguan bekalan elektrik kerana dua penempatan tersebut hanya bergantung dengan talian bekalan elektrik dari Mukah.

Justeru, hal berkaitan gangguan teknikal pada bekalan tersebut di sepanjang Mukah-Matu mengganggu bekalan elektrik di hujung capaian Matu-Daro. – Sarawakvoice