BINTULU: Mayat mangsa yang hilang ditarik ombak di Pantai Tanjung Batu, dekat sini semalam berjaya ditemui di lokasi yang sama dia dilaporkan jatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di Hatta Gobel berkata, mayat dijumpai sekitar jam 7 pagi tadi oleh pasukan polis yang menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Mangsa dikenal pasti sebagai Law Boung Shi, 24 tahun, dari Sibu.

lemas jumpa00

Dalam kejadian semalam, Boung Shi ghaib dihanyut arus deras ketika sedang mandi-manda bersama-sama rakannya.

Dalam kejadian sekitar 6.10 petang itu, mangsa yang tidak pandai berenang sedang mandi di kawasan berbatu, tidak jauh dari pinggir pantai sebelum ombak besar tiba-tiba membadai seraya menarik mangsa ke tengah laut.

Rakan-rakannya yang panik cuba membantu, namun ombak kuat dan arus deras menyebabkan kelibat mangsa terus hilang.

Di Hatta Gobel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.14 petang dan sebuah jentera dan sebuah ambulans EMRS dikejarkan ke lokasi untuk mengaktifkan operasi SAR. – Sarawakvoice