Antara Jokowi Undercover dan Jakarta Undercover, paparkan cerita seks sensasi

JAKARTA:  Ketika penulis buku Jokowi Undercover, Widodo berdepan ancaman saman fitnah jenayah, Presiden Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai “Jokowi”  enggan memberi komen tentang buku kontroversi itu.

Bambang Tri Mulyono telah ditahan polis Indonesia kerana menulis buku yang didakwa berniat jahat.

Jokowi berkata, tidak ada sebab bagi beliau membaca buku itu atau memberi komen mengenainya.

Bambang dalam buku itu yang dijual di kebanyakan kedai buku di sini, mendakwa  Jokowi dan wakil Presiden Jusuf Kalla  dipilih pada 2014 kerana kejayaan institusi media menipu orang ramai.

Buku itu, kata Presiden  lagi, ditulis tanpa menggunakan fakta atau data yang sahih dan tanpa menggunakan peraturan akademik dalam penerbitannya.

“Jika datanya tidak dikutip secara saintifik, dan sumbernya diragui, mengapa  saya harus membaca atau memberi komen tentangnya,” kata Jokowi seperti dipetik Jakarta Post.

Bambang telah didakwa kerana melanggar Artikel 207 kanun jenayah, berkaitan memfitnah kerajaan dan institusi negara.

Bambang, mendakwa Jokowi memalsukan data sebelum mendaftar sebagai calon presiden.

Beliau juga menulis bahawa Giriroto di  Jawa Tengah merupakan pangkalan Parti Komunis Indonesia (PKI) yang sudah terkubur. 

Beliau berkata, ibu Jokowi, Sujiatmi Notomiatdjo, dilahirkan di kampung berkenaan.

download (1)Sebenarnya, judul buku itu mendapat ilham daripada buku bertajuk Jakarta Undercover tulisan Moammar Emka yang memparkan pelbagai kegiatan dan perkhidmatan seks di ibu kota 11 juta jiwa itu.

Buku sensasi tulisan bekas lulusan pesanteran itu telah diulang cetak lebih 35 kali, dan dijual lebih 600,000 naskhah, serta  diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Sebuah filem diterbitkan pada 2007 dengan judul sama, lakonan Luna Maya, pelakon cantik dan seksi yang pernah terjebak dengan skandal seks dengan penyanyi terkemuka Indonesia. – Sarawakvoice