SFC tangkap 619 balak haram minggu lalu

KUCHING: Sebanyak 619 balak haram berjaya dirampas oleh pasukan penguatkuasa Sarawak Forestry Corporation (SFC) sepanjang minggu lalu.

Menurut kenyataan SFC, kejayaan ini adalah hasil maklumat dan risikan yang diterima serta rondaan rutin Pusat Pengaduan Sehenti (OSCC) di seluruh negeri Sarawak.

Jumlah tersebut merupakan kejayaan terkumpul menerusi tiga operasi berasingan di Bintulu dan Lawas, yang melibatkan pasukan OSCC dari Tubau, Trusan dan Lawas.

Pada Khamis lalu, pasukan penguatkuasa termasuk kakitangan SFC dari Pejabat Wilayah Bintulu dan OSCC Tubay menahan 146 batang balak potong satu kawasan di Jalan Bintulu Bakun, hasil rondaan rutin di kawasan tersebut.

Balak yang ditemui adalah daripada pelbagai spesies yang berjumlah 162 meter kubik.

Kawasan tersebut merupakan ladang kelapa sawit dan diistilahkan kawasan pembalakan haram apabila tiada lesen dikeluarkan untuk proses pengumpulan balak.rampas balak01

Sementara itu di Lawas, pasukan penguatkuasa yang berpangkalan di OSCC Trusan dan OSCC Lawas,  bersama-sama Pejabat Wilayah Miri berjaya melumpuhkan operasi pembalakan haram di Sungai Betanung di Batang Trusan.

“Sebanyak 123 balak pelbagai spesies telah ditemui di kawasan yang dibenarkan tetapi balak-balak ini diisytihar haram kerana kawasan penebangannya belum diluluskan untuk pembalakan.

Pada Rabu lalu, juga di Lawas, berdasarkan maklumat yang diterima oleh Jabatan Hutan Sarawak, kakitangan OSCC Lawas berjaya menahan 450 batang balak daripada pelbagai jenis spesies di Long Ugui.

“Kesemua balak ini tidak memiliki permit yang sah,” kata SFC lagi.

Kesemua kes tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis dan balak-balak yang ditahan telah diserahkan kepada Jabatan Hutan untuk siasatan lanjut dan pelupusan. – Sarawakvoice

rampas balak00