Jet perang Israel serang pangkalan udara Damsyik, Syria

0
6

DAMSYIK: Agensi berita Xinhua melaporkan, kerajaan Syria di bawah Bashar al-Assad mendakwa jet perang Israel menyerang pangkalan udaranya di barat Damsyik, tengah malam Sabtu.

Tentera Syria mendakwa, jet pejuang Israel melepaskan bedilan roket dari luar ruang udara Syria menyebabkan Pangkalan Udara Mazzeh terbakar.

Damsyik menyifatkan serangan tersebut sebagai tindakan terdesak menyokong kumpulan pemberontak di Syria.

Syria mendakwa, pangkalan udara terbabit juga menjadi sasaran 30 November lalu apabila jet Israel membedil beberapa pos tentera di barat Damsyik.

Tentera Syria memberi amaran bertindak balas terhadap tindakan Israel itu. – Sarawakvoice