Ateis meningkat, Itali, Eropah jadi Islam 10 tahun lagi

POMPEII: MailOnline melaporkan, ketua biskop dari gereja Katolik di Itali bimbang, akibat meningkatnya jumlah rakyat menjadi ateis, Eropah dan Itali akan menjadi negara Islam.

Biskop di Pompeii, Carlo Liberati, selain kejahilan beragama dalam kalangan penduduk, pertambahan imigran Islam ke Eropah bakal menjadikan Islam agama utama di Eropah.

“Dalam tempoh 10 tahun, kita semua akan jadi orang Islam….

“Itali dan Eropah mengamalkan gaya hidup secara pagan dan ateis, mereka akan membuat undang-undang menentang tuhan dan mengamalkan tradisi fahaman jahiliah,” ujar Carlo.

Carlo melihat, semua keruntuhan moral akan memberi kele­bihan kepada Islam.

“Kita mempunyai kepercayaan lemah terhadap agama Kristian. Gereja kini tidak berperanan dengan baik”, ujar Carlo dan beliau sedih apabila banyak seminar yang dianjurkan kurang mendapat sambutan.

Agensi melaporkan, populasi warga  beragama Islam di Itali meningkat lebih 2 juta orang pada akhir 2015 berbanding hanya 2,000 orang pada 1970-an.

Semenjak 2015, Itali menjadi destinasi utama dilimpahi sekitar 330,000 imigran Islam melalui laluan laut. – Sarawakvoice