KUCHING: Netizen akaun Facebook “I Love Sarawak” menggerakkan permintaan agar Dayang Nurfaizah Awang Dowty menyanyikan lagu “Lelaki Teragung” di pentas Final Anugerah Juara Lagu ke-31 dituju khusus buat mantan Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Memetik tulisan FB berkenaan berbunyi, “Permintaan ANAK SARAWAK agar Dayang Nurfaizah mendendangkan lagu ‘Lelaki Teragung’ di pentas Final Anugerah Juara Lagu Ke-31 dengan tema Tribute Allahyarham TOK NAN.

Jumm rami-rami realisasikan permintaan netizen…”

Setakat pagi Ahad, pos berkenaan mendapat 587 komen, dengan 6,800 like dan dikongsi 2,760.

Dayang Nurfaizah, anak kelahiran Kuching, Sarawak merupakan nama besar dalam industri hiburan tempatan dan mula mencipta nama sejak 1999.

Dayang Nurfaizah yang pernah menyepi kini bangkit semula pada 2014.

Selepas lagu Di Pintu Syurga, Tak Pernah Menyerah dan Angin Syurga, kini Dayang tampil dengan single terbaharunya “Lelaki Teragung” yang dihasilkan oleh komposer Natasyah dan penulis lirik, Iman Imran.

Single tersebut dilancarkan sebelum Ramadan tahun lepas.

Dayang menyifatkan lagu Lelaki Teragung begitu berat untuk dibawanya khususnya pada maksud liriknya.

Bercakap kepada media tempatan, Dayang Nurfaizah telah memilih untuk membayangkan ayahnya sendiri, sebagai lelaki teragung bagi mendalami dan menyampaikan lagu ini dengan baik.

Nah! Sesuai dengan permintaan netizen, liriuk lagui tersebut juga bersesuaian dengan Bapak Sarawak, Tok Nan.

Lirik: Lelaki Teragung

Kusesali
kerna pernah cuba
sakiti hatimu
sedang diri ini
tidak mampu
untuk hidup tanpa
cintamu di sisi

Cinta lelaki teragung
membuat aku berbahagia
kaulah kekasih di dunia
dan di syurga
oh kekasih

Kembalikan
Cinta yang pernah ada
Dalam hatiku
Walau dirimu pernah terluka
Kuakui segalanya salahku

Cinta lelaki teragung
membuat aku berbahagia
kaulah kekasih di dunia
dan di syurga

Meskipun kesetiaan
yang selalu dipersia
namun engkau tidak pernah lelah
untuk bertahan
ku mengerti kini semua
demi cintamu kepadaku
padaku

Kasih

pabila bersama
dunia terasa sempurna
jangan tinggalkan diriku
oh sayangku

Cinta lelaki teragung
membuat diriku berbahagia
engkaulah kekasih di dunia
dan di syurga

Dayang Nurfaizah antara 12 penyanyi dengan lagu terbaik berentap dalam finalis AJL 31 pada Ahad, 22 Januari ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 9 malam.

Antara komen netizen berkaitan cadangan tersebut ialah:

Amrey Rc: Yes 100% sokong,AJL31 final nanti dayang nurfaizah “lelaki teragung “paparkan di skrin ajl perjalanan arwah tok nan sebagai cm sarawak yg di sayangi…sebagai lelaki teragung yg di sayangi rakyat sarawak….

Di Pintu syurga tribute to MH370 next

Lelaki teragung tribute to tok nan.”

Efriza Watiey: Sokong gilak…ju ramey2 kta nyokong…harap dpt di tunaikan permintaan anak2 Sarawak demi tok nan dan Sarawak kita”

Nur Firdaus Sharkawi: Spa2 adik bradik tunggal mnunggal dyg maca tok tag or pdh ngn org pun bdn…makseh oi…

Rizal Jane Ahda: Satu idea yg bgus….slap ari bulan, bleh d nobatkn sebgai juara AJL tok…Amiin…

Adam Gregory: Sokong 100% glak2 admin bg mperingati jasa tok nan memperjuangkan sarawak dlm pmerintahannya selaku CM selama 2 thn 10 bln.ooohhhhaaaa…you..you…

Sungguhpun begitu terdapat beberapa komen lebih “menyedari realiti semasa” berbanding cadangan tadi:

HiRo Rhee: susah nya mok control nyanyi klak eh, bukan mudah mun sebak di dada mendatang… tugasan & permintaan yg tidak mudah… apapun buatlah yang terbaik, utk Sarawak… ya jak

Adilz Fadilz Mun dyg x molah d anok d viral ktk org lak…. Bnda dah lmak d rancang lepas semi final gik tiba2 ktk org suroh ngubah… Susah la cdak nak pertimbngkn….#katakuajak

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada poihak Dayang Nurfaizah mahupun penerbit AJL31 berkaitan cadangan tersebut. – Sarawakvoice