Datuk Posa Majais Presiden FAS 2016/2018

0
23

KUCHING: Datuk Posa Haji Majais merupakan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menyambut tanggungjawab yang diberikan kepadanya bagi menerajui badan itu apabila barisan Exco FAS melantik beliau sebagai Presiden baru FAS 2016-2018.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan FAS baru-baru ini majoriti barisan Exco FAS bersetuju memilih anak jati kelahiran Gedong, Serian itu menerajui persatuan sukan terpenting Bumi Kenyalang itu.

Lima lagi jawatan penting kekal tidak berubah ialah jawatan Timbalan Presiden FAS yang masih disandang Haji Abdul Wahab Rahim.

Sementara, jawatan Naib Presiden FAS masih disandang oleh Razali Dolhan, Cassidy Ak Morris, Duke Ak Janteng dan Abang Suhordie Abang Zaini.

Dalam ucapannya, Posa mengharapkan kerjasama semua pihak termasuk Exco FAS, wakil ahli gabungan seluruh bahagian serta peminat bagi memastikan kepimpinan dalam pengurusan FAS berjalan dengan jayanya.

Posa berikrar memastikan skuad Sarawak yang berwajah baharu musim ini terus cemerlang.

Beliau sedia memberi tumpuan kepada dua skuad pelapis — Piala Presiden & Piala Belia — bagi memastikan kesinambungan pembangunan bola sepak negeri berjalan selari.

Beliau terus memberi tumpuan terhadap pembangunan sukan bola sepak di seluruh negeri demi memastikan perjalanan liga setiap bahagian terus rancak. – Sarawakvoice