MAKASSAR: Sadis. Kanak-kanak, Masia Mamangsa, 4, diperkosa tiga lelaki sebelum dibunuh dan akhirnya dibenam untuk ditanam di dalam lumpur sungai pada Selasa lepas.

Harian Papua melaporkan terdapat kesan darah pada bahagian kemaluan mangsa yang ditemui ditanam di lumpur sungai di Kompleks Kokoda, Kilometer 8, Sorong, di Papua Barat.

Pojoksulsel.com menulis, pemerkosaan dan pembunuhan kanak-kanak itu menyebabkan ratusan warga Kompleks Kokoda mengadakan tunjuk perasaan dan membakar rumah tertuduh pembunuhan sadis itu.

Tida tertuduh dikenali sebagai Donald, Lewi dan Nando. Ketiganya ditangkap oleh polis di tiga lokasi berbeza.

Ahli keluarga tertuduh keluar dari rumah selepas diamuk oleh khayalak yang sedang marah dengan peristiwa tersebut.

Ketua Rukun Tetangga Kompleks Kokoda, Kris Roman mengatakan, mangsa dibenam di dalam lumpur dalam keadaan menyedihkan, tetapi mayatnya dikesan oleh ahli keluarga yang mencari apabila tangan mangsa terkeluar dari lumpur.

Mayat mangsa dibawa polis ke hospital Kota Sorong untuk bedah siasat.

Menurut polis Kota Sorong, Asep Bambang polis sudah menahan tiga pemuda yang didakwa melakukan pemerkosaan dan pembunuhan tersebut.

Ketiga-tiganya ditahan di bawa ke balai polis Kota Sorong untuk soal siasat.

Polis berjaga-jaga di sekitar lokasi bagi mengelak hal tidak dingini berlaku kerana orang awam sangat marah dengan kejadian tersebut.

Menurut jurucakap polis Kota Sorong, tertuduh bernama Donald menjemput mangsa di rumahnya.

Dia kemudian mengajak dua pelaku lain sambil membawa mangsa ke hujung landasan Lapangan Terbang Deo, Kota Sorong.

Pelaku memperkosa mangsa secara bergilir-gilir dan mencekiknya apabila mangsa berteriak dan menangis. – Sarawakvoice