Tuesday, November 29, 2022

Warga emas 80 tahun selamat, rumah terbakar awal pagi

Secara Rawak

KUCHING: Keadaan jalan yang sempit dan hanya dapat dilalui kenderaan kecil menyukarkan pasukan 0224Hrs/06.01.2017

Balai Bertindak: BBP Batu Lintang seramai 8 orang diketuai oleh PBK II Jemiran (Scania) + 2 anggota EMRS (Jentera EMRS) + 2 anggota (Water Tanker) menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah terbakar di sini awal pagi tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, kejadian berlaku di Jalan Sin San Tu A menyebabkan rumah yang didiami seorang warga emas berusia 80 tahun musnah sama sekali.

“Bagaimanapun kita bersyukur warga emas terbabit selamat,” katanya lagi.

Bomba katanya menerima maklumat kecemasan sekitar jam 2.24 pagi dan sebuah jentera, sebuah ambulans EMRS dan sebuah lori tangki dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat dengan kekuatan 12 anggota.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah rumah tidak kekal bersaiz 30×30 kaki sedang musnah terbakar.

“Oleh kerana jentera tidak dapat memasuki laluan, serta pili bomba juga tidak ada, pasukan terpaksa melakukan pemadaman secara “relay pumping”.

Untuk tujuan itu kata Tiong, pasukan membentang aliran hos sejauh 800 kaki untuk memadam kebakaran tersebut.

Punca kebakaran katanya sedang disiasat oleh pasukan forensik bomba. – Sarawakvoice

warga-tua-maut00 warga-tua-maut02 warga-tua-maut01

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru