Sunday, August 7, 2022

Video penunggang motosikal berkuasa tinggi Malaysia kemalangan dan maut di Hatyai pagi tadi

Secara Rawak

HATYAI: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Malaysia maut manakala pembonceng yang juga isteri kepada mangsa mengalami cedera parah apabila terlibat dalam kemalangan di Hatyai, Thailand jam 9.30 pagi semalam.

Difahamkan, mangsa yang maut adalah peserta dalam konvoi 10 rakyat Malaysia yang menaiki 5 buah motosikal dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas bercuti di Thailand.

Mangsa yang maut adalah Jaafary Jaafar, 48, berasal dari Johor manakala isterinya, Nor Syakila Burhanuddin, 45, juga berasal dari Johor.

Isteri mangsa telah dihantarkan ke Hospital Universiti Siongkla Nakharin Hatyai untuk rawatan lanjut.

Menurut pegawai siasatan Balai Polis Hatyai Kapt Thirathat Thammarat, kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal warga Thailand melanggar lampu isyarat merah di simpang tiga Jalan Khancanawanit, depan Sekolah Hatyai Wittayalai.

Katanya lagi, penunggang motosikal warga Thailand itu mengalami kecederaan parah dan akan disiasat polis apabila keadaan kesihatannya mengizinkan. – Sarawakvoice

maut-hatnai00 maut-hatnai01

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru