Sunday, August 7, 2022

Tergelincir di selekoh, penunggang maut rempuh Proton Iswara di Mongkos

Secara Rawak

SERIAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya tergelincir di sebuah selekoh sebelum merempuh sebuah kenderaan di kawasan Ngiang, Jalan Bunan-Mujat, Mongkos dekat sini.

Pemangku Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Asisten Superintendan Mathew Manggie berkata, kejadian berlaku sekitar jam 5.30 petang semalam.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan mangsa mengawal motosikalnya ketika melalui selekoh sebelum tumbang dan tergelincir.

“Mangsa kemudian terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar bumper hadapan kenderaan Proton Saga Iswara yang datang dari arah bertentangan.

Kata Mathew, mangsa disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bunan ketika mendapatkan rawatan kecemasan.

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Serian untuk pemeriksaan selanjutnya.

“Mangsa yang sebelum itu cedera di kepala, patah tulang rusuk kiri dan kanan serta patah kaki kanan kemudian dikenali sebagai Julian Anjang, 41 tahun dengan alamat terakhir di Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Punca kemalangan masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru