Thursday, December 8, 2022

Sesi pembelajaran Tabika Kemas dilanjutkan hingga 5 petang 2018

Secara Rawak

SEPANG: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bermula Januari 2018, sesi pembelajaran Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dilanjutkan sehingga 5 petang.

Lanjutan sesi kelas itu bertujuan menjadikan Tabika Kemas “transit” kepada kanak-kanak ketika ibu bapa mereka masih bekerja.

Menurut Ismail Sabri, inisiatif kementerian itu bertujuan meringankan beban keluarga selepas mengambil kira cadangan dan pandangan ibu bapa yang bimbang dengan keadaan anak-anak semasa mereka bekerja.

Menurut Bernama, Ismail Sabri selepas meninjau hari pertama persekolahan Tabika Sri Siantan berkata, kementerian mengkaji pelbagai aspek berkaitan, seperti kos dan peruntukan.

Menurut statistik, Tabika Kemas menerima 223,000 murid berusia 5 hingga 6 tahun di seluruh negara untuk sesi pengajian 2017.

Menurut beliau, tahun ini kerajaan memperuntukkan RM120 juta untuk buku aktiviti pembelajaran, pembelian peralatan, pakaian seragam dan bantuan makanan tambahan.

Kerajaan turut menyediakan peruntukan RM6.3 juta membaik pulih atau menaik taraf sekitar 200 tabika dan taska Kemas. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru