Saturday, December 3, 2022

Seramai 38,063 murid daftar Tahun 1 di S’wak

Secara Rawak

KUCHING: Menurut Jabatan Pendidikan Sarawak, pada 2016 sebanyak 98.38 peratus iaitu 27,702 daripada 28,158 murid yang memasuki Tahun 1 di sekolah rendah di Sarawak pernah mengikuti pendidikan awal kanak-kanak.

Manakala, untuk 2017 murid yang memasuki Tahun 1 meningkat kepada 38,063 orang.

tahun-1-masuk-sekolah04 Setakat ini, terdapat 222 taska berdaftar di Sarawak dengan pendaftaran baru kanak-kanak seramai 3,701 orang.

Menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Hajah Fatimah Abdullah menjadi tanggungjawab bersama menyediakan keperluan relevan untuk kanak-kanak demi perkembangan fizikal dan emosi mereka.

tahun-1-masuk-sekolah00

Kanak-kanak wajar diberi perhatian, perlindungan dan penyesuaian sewajarnya dalam sistem pendidikan seumpamanya.

Bercakap semasa mengadakan Lawatan ke Tadika Sri Keria, Kampung Siol Kandis, Petra Jaya pada Selasa, Fatimah berkata, tumbesaran kanak-kanak memerlukan persekitaran yang kondusif yang menjadi kriteria menyumbang kepada pendidikan yang berkualiti.

Fatimah berkata, kementerian beliau sentiasa menekankan capaian pendidikan berkualiti untuk kanak-kanak di Sarawak.

Tadika Sri Keria merupakan salah sebuah daripada enam tadika berkualiti yang terdapat di Sarawak. – Sarawakvoice

tahun-1-masuk-sekolah03

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru