Ramai jemaah haji terguris hati oleh Tun Mahathir

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata ramai jemaah yang mengerjakan haji di bawah Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terguris hati atas dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mereka tidak mendapat haji mabrur.

Justeru  bekas Perdana Menteri hari ini diminta menarik balik kenyataan dan memohon maaf berhubung dakwaannya jemaah haji di.

Kata Dr Irmohizam dalam satu kenyataan, tuduhan ini seakan-akan memperlihatkan segala kebaikan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak diterima Allah SWT.

Beberapa hari lalu, Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa ibadah haji dilakukan jemaah menerusi tajaan yayasan itu tidak mendapat haji mabrur.

“Kita tidak mahu segala jasa Tun Mahathir sebelum ini akan dilupakan begitu sahaja akibat terlalu takbur dan ekstrem mempertikaikan kebaikan dilakukan kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

Beliau berkata kelantangan Dr Mahathir itu melampaui batas atas sebab-sebab politik sehingga sanggup mempertikaikan status ibadah haji seseorang. – Sarawakvoice