Kalah judi RM5,000 di Sibu, lelaki sanggup bakar Mercedez Benz rakan seperjudian

0
3

SIBU: Menganggap dirinya ditipu sehingga kalah judi RM5,000, lelaki, 49, sanggup membalas dendam dengan membakar kereta Mercedes Benz milik mangsa, 52.

Semenjak kekalahan tersebut, suspek sering menagih wangnya daripada mangsa.

Dua minggu lepas difahamkan suspek turut mengugut pengadu.

Menurut berita akhbar tempatan, mangsa membuat laporan polis setelah mendapati keretanya dibakar di bahagian hadapan tempat duduk penumpang.

Kejadian berlaku sekitar 1 petang Selasa ketika mangsa bermain mahjong itu menyebabkan dia kerugian RM13,000.

Pihak polis berjaya mengesan dan menahan reman suspek pada Selasa malam di pasar Sibu. – Sarawakvoice