Tidak bertegur sapa 20 tahun, tetapi suami isteri masih tinggal serumah

0
21

NARA: Berapa orangkah yang sanggup membisu dan tidak bertegur sapa dengan pasangannya untuk tempoh panjang?

Kebanyakan pasangan lazimnya apabila bergaduh hanya tidak bertegur sapa sehari dua atau paling lama pun seminggu.

Anda percaya tak di Jepun, satu pasangan telah berdiam diri  dan tak bertegur selama 20 tahun?

https://www.youtube.com/watch?v=qQzstEAnEL4

Aneh, mereka masih dapat bertahan dan tinggal bersama.

Lebih aneh lagi, mereka mempunyai tiga orang anak.

Bagaimanakah mereka berkomunikasi ketika bermain asmara di ranjang?

Otou Katayama dari Nara, selatan Jepun terus tinggal bersama isterinya Yumi dan pasangan itu hanya berkomunikasi melalui anggukan dan berdehem sejak 20 tahun lalu.

Masalah yang dihadapi pasangan Jepun ini didedahkan oleh anak lelakinya yang berusia 18 tahun Yoshiki.

membisu-20-thn-0003

Anak pasangan itu menulis kepada sebuah rancangan televisyen meminta supaya membantu memperbaiki keadaan ibu bapanya itu kerana mereka tidak pernah mendengar mereka berbual.

Satu pertemuan diatur di taman iaitu lokasi janji temu pertama pasangan itu sambil diperhatikan anak-anak mereka dari jauh.

“Sudah lama berlalu sejak perbualan kita yang terakhir. Kamu sangat mengambil berat tentang anak-anak.

“Yumi sehingga kini, kamu sudah banyak bersusah payah. Saya ingin beritahu kamu, saya berterima kasih kerana pengorbanan kamu selama ini,” katanya seperti dipetik agensi berita dan media di sini.

Otou kemudian menjelaskan dia merajuk kerana cemburu dengan perhatian yang diberikan isterinya kepada anak-anak.

“Saya seorang yang sangat cemburu. Saya merajuk kerana itu. Saya tak akan lakukannya lagi,” ujarnya. – Sarawakvoice

membisu-20-thn-0001 membisu-20-thn-0002 membisu-20-thn-0004