Friday, September 30, 2022

Tiada tangkapan, satu motosikal disita dalam Ops Ambang Baru 2017

Secara Rawak

KUCHING: Ia permulaan yang positif untuk tahun 2017 apabila satu operasi yang dilakukan secara bersepadu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching tidak menemukan pesalah-pesalah berbahaya mahupun penjenayah.

Menurut Ketua Polis Daerahnya, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai, operasi Ambang Tahun Baru 2017 itu menyaksikan pasukannya mengadakan tiga sekatan jalan raya di Petra Jaya, Tabuan Jaya dan Pending, sambil melakukan pemeriksaan rambang di Tebingan Kuching, kawasan segi tiga emas Kuching, Travilion dan Sekama, yang menjadi tumpuan remaja.

“Aktiviti penguatkuasaan trafik pula dilaksanakan di Masja, Petra Jaya dan ICom Square, yang sebelum ini ‘panas’.

Dalam operasi yang bermula pada jam 10 malam dan berakhir jam 5 pagi itu, sebanyak 83 kereta, 40 motosikal dan 10 unit van diperiksa.

“Kita juga melakukan pemeriksaan terhadap 195 individu serta mengeluarkan 32 keping saman atas pelbagai kesalahan.

“Sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda turut disita di bawah Seksyen 60 (1) Akta Pengangkutan Jalam 1987 untuk proses pemeriksaan lanjut.

Jelas Abang Ahmad, sebanyak tujuh pegawai dan 90 anggota dari semua elemen IPD terlibat dalam operasi ini dan beliau gembira dengan komitmen yang diberikan.

Kuching sebelum ini mencatatkan penurunan berterusan jenayah indeks dan beliau berkata, aktiviti dan operasi seperti ini akan diteruskan bagi mewujudkan Kuching sebagai bandar raya sejahtera. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru