Friday, August 19, 2022

Gajah bergading terbalik ala prasejarah dibunuh pemburu haram di Sabah

Secara Rawak

KOTA KINABALU: Gajah di Sabah yang pernah menjadi tumpuan antarabangsa kerana gadingnya yang unik ditemui mati ditembak di kawasan Sungai Segama, Lahad Datu dekat sini semalam.

Gajah yang diberi nama Sabre mempunyai gading yang menghala ke bawah, sama seperti haiwan prasejarah dan penemuan unik itu turut mendapat liputan beberapa portal antarabangsa.

Kata Pengarah Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC), Dr. Benoit Goosseens, bangkai gajah itu yang dipasang alat pengesan satelit ditemui oleh pihaknya dan Unit Perlindungan Hidupan Liar Sabah (JHL).

“Mengikut data yang direkodkan dalam kalung di leher, gajah jantan itu dipercayai dibunuh pada 20 November lalu sebelum gadingnya diambil oleh pemburu haram.

“Lebih menyedihkan, seekor lagi bangkai gajah ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi bangkai gajah pertama dengan kesan kecederaan di muka dan gadingnya juga menerima nasib yang sama,” kata Benoit.

Katanya, ada kesan tembakan pada haiwan berkenaan dan ia dilakukan oleh pemburu haram.

“Cukup menyedihkan apabila haiwan mamalia unik dan terlindung ini menjadi mangsa kerakusan manusia yang mahu mengaut keuntungan semata-mata.

Selain itu, pihaknya juga berharap agar pihak berkuasa memburu dalang yang membunuh gajah berkenaan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru