Ringgit jatuh, pelancongan ke luar negara turun 10 peratus

PETALING JAYA: Presiden Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumitra) Harith Mohd Ali berkata ramai rakyat Malaysia membatalkan hasrat bercuti ke luar negara selepas berlaku kejatuhan nilai ringgit tahun ini.

Menurut Harith, tahun ini berlaku penurunan permintaan rakyat melancong ke luar negara dan beliau mengaku syarikatnya sendiri mengalami penurunan 10 peratus berbanding tahun lalu.

Harith berkata, kos ke Beijing berharga RM3,000 pada awal tahun, kini naik 20-25 pratus akibat kejatuhan nilai ringgit.

China antara negara paling diminati rakyat Malaysia untuk dikunjungi selepas Korea dan Jepun.

Harith berkata tiada peningkatan pelancong ke luar negara 2017, kecuali kerajaan mengambil langkah proaktif memulihkan ekonomi negara dan menstabilkan kembali tukaran mata wang asing negara.

Beberapa syarikat pelancongan kini hanya bergantung kepada permintaan syarikat korporat yang masih setia melanggan dengan agensi pelancongan. – Sarawakvoice