ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan kenyataan kritis Tun Dr Mahathir berkaitan Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai terdesak dan berunsur politik.

Sebelum ini, Tun Mahathir semasa berceramah di Taman Wira Mergong menganggap peserta program tersebut tidak mendapat haji yang mabrur.

Ahmad Bashah selepas melawat Sekolah Kebangsaan Mergong berkata, Tun Mahathir sepatutnya tidak mencampur aduk agama dengan politik.

Memetik laporan Bernama, Ahmad Bashah berkata, Mahathir tidak perlu mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana Allah SWT sahaja yang boleh menilai sesuatu amal ibadah individu. – Sarawakvoice