Monday, August 8, 2022

Lelaki maut kenderaan langgar pokok di Serian

Secara Rawak

SERIAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di sini awal pagi tadi.

Pemangku Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Asisten Superintendan Mathew Manggie berkata, kes maut pertama yang berlaku pada tahun 2017 itu terjadi sekitar jam 5.30 pagi di Kilometer 35 Jalan Tebedu-Serian.

“Ketika kejadian, dua lelaki Cina sedang berada dalam kenderaan tersebut dan dalam perjalanan dari Tebedu menuju Serian.

“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, mangsa gagal mengawal kenderaan jenis Toyota Corolla Wagonnya lalu merempuh sebatang pokok yang terletak di bahu kiri jalan.

Menurut Mathew, orang awam yang menyedari kejadian itu pantas menghubungi pihak polis dan paramedik.

“Kedua-duanya yang mengalami kecederaan kemudian dikejarkan ke Hospital Daerah Serian menggunakan ambulan Hospital Daerah Serian dan ambulan EMRS Bomba dan Penyelamat Daerah Serian.

“Bagaimanapun pemandu yang berusia 19 tahun mengalami kecederaan parah di kepalanya dan disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Serian ketika proses rawatan.

Mangsa yang maut katanya, kemudian dikenal pasti sebagai Lim Wee Boo, 19 tahun dari Taman Merryland, Serian.

Rakan mangsa yang berusia 21 tahun mengalami kecederaan di leher dan kini masih menerima rawatan lanjut.

Punca kemalangan masih diselidiki dan kes disiasat di bawah Seksyen  41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. РSarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru