Monday, November 28, 2022

Bomba selamatkan wanita terperosok kaki pada besi penutup longkang

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Daripada memotong cincin yang melekat di kemaluan lelaki hinggalah menyelamatkan wanita yang tersangkut kaki pada penutup besi penutup longkang.

Itulah tugas mencabar dan terakhir anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menjelang berakhirnya tahun 2016.

Semalam seorang wanita mengalami nasib malang apabila kaki kirinya terperosok ke dalam penutup besi longkang di pasar besar Taman Tun Dr Ismail di sini.

Untuk itu, khidmat anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur diperlukan.

Ketua Pusat Gerakan Operasinya, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.23 pagi. Empat anggota bomba dengan satu jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi semalam, mangsa sedang berjalan menuju ke pasar namun kakinya terperosok di antara jeriji besi penutup longkang sehingga paras lutut.

Orang ramai cuba membantu wanita itu tetapi tidak berjaya.

Anggota bomba mengambil masa sekitar setengah jam untuk mengeluarkan kaki mangsa.

Wanita itu hanya mengalami cedera ringan pada lutut kiri. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru