Tuesday, August 16, 2022

Sarawak lancar perang terhadap keganasan wanita dan kanak-kanak pada 2017 – Fatimah

Secara Rawak

KUCHING: Beberapa kes inses ataupun sumbang mahram yang jatuh hukumnya melebihi 40 tahun melibatkan rakyat Sarawak dalam bulan ini benar-benar menyentap perasaan ramai pihak.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Fatimah Abdullah berkata, kementeriannya dan Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) malah mengecam sekeras-kerasnya perbuatan yang terkutuk, tidak bertanggungjawab dan berhati binatang itu.

“Bapa sepatutnya berperanan melindungi anak-anak dari pelbagai bentuk bahaya, termasuk keganasan fizikal dan seksual, bukannya sebaliknya,” tegasnya ketika dihubungi sebentar tadi.

yb-fatimah01

Peningkatan kes perlakuan haruan makan anak ini katanya, perlu dilihat secara serius bagi memastikan ia dapat dikekang, dan dihalang daripada berleluasa, jelasnya.

Kes terakhir yang dijatuhi hukum semalam melibatkan seorang bapa yang merogol anak kandungnya sendiri, yang berusia 16 tahun ketika anaknya itu berhijrah untuk belajar di Kuala Lumpur.

Satu lagi kes melibatkan seorang bapa yang melakukan perbuatan terkutuk itu berulang kali hingga anaknya mengandung, manakala kes di Bau melibatkan seorang bapa merogol anaknya sendiri yang berusia 15 tahun, sejak tiga tahun lalu.

Kata Fatimah lagi, untuk melakukan intervensi terhadap isu yang semakin menakutkan ini, pihaknya telah menyiapkan prosedur operasi standard, proses kerja dan carta aliran untuk memerangi keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

“Kita membentuknya menerusi dua bengkel yang dilaksanakan dengan kerjasama antara agensi.

“Pada masa yang sama kita menjadikan agenda menangani keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak sebagai agenda utama pada tahun 2017, untuk diberikan tumpuan dan dilaksanakan secara bersama-sama oleh kementerian, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak dan MWKS,” tegasnya lagi. – Sarawakvoice

yb-fatimah00

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru