Thursday, September 29, 2022

Pas: Amanah tidak amanah, mahu tanding 40 kerusi

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Hasrat Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding di 40 kerusi, termasuk yang kini dimiliki Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas, tidak disenangi parti Islam itu, malah disifatkannya bertentangan dengan nama parti itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan tindakan tersebut membuktikan parti itu tidak mempunyai sifat amanah.

Beliau berkata, sekiranya Amanah menghormati sekutunya dalam pakatan harapan, parti itu tidak akan menyatakan hasrat untuk merampas dan mencuri kerusi milik sekutunya, PKR.

Amanah merupakan parti serpihan Pas apabila beberapa orang pemimpin yang tidak sehaluan dengan kepemimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang keluar daripada parti Islam itu.

“Mereka bersama dalam pakatan harapan, tapi nak curi kerusi PKR. Ini bermakna benarlah segala apa yang kami cakap sebelum ini mengenai PAN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut di sini, semalam.

Kelmarin, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, parti itu mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan Pas pada PRU depan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru