Saturday, December 3, 2022

Erdogan dakwa miliki bukti, AS sokong ISIS dan militan lain

Secara Rawak

ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa memiliki bukti bahawa Tentera Bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS) menyokong ISIS dan militan lain di Syria.

Erdogan menyelar AS gagal menyalur bantuan udara kepada Turki membebaskan bandar al-Bab di Syria daripada ISIS.

Erdogan mendakwa, matlamat awal Tentera Bersekutu kelihatan mahu memerangi ISIS habis-habisan.

Pada masa yang sama mereka menuduh Turki, Arab Saudi dan Qatar menyokong ISIS dan memerangi kerajaan Syria sejak enam tahun lalu.

Sebaliknya, kata Erdogan Tentera Bersekutu menyokong ISIS, Unit Perlindungan Rakyat Kurdis (YPG) dan Parti Kesatuan Demokratik (PYD).

Erdogan berkata pada Selasa, “perkara ini sangat jelas kerana kami memiliki bukti sahih termasuk gambar dan video.”

Ankara melabelkan PYD sebagai kumpulan sayap Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang melancarkan pemberontakan ke atas Turki sejak 1984.

Erdogan memburu militan Kurdis di Iraq dan Syria bagi menghentikan pemberontakan di Turki.

AS bersikap talam dua muka turut menyenaraikan PYD sebagai pengganas.

Sebelum ini bekas calon Presiden AS, Jill Stein menuduh Washington menyokong kumpulan pengganas yang memberi kepentingan kepada mereka. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru