Pemandu bergaya samseng: Potong barisan, tunjuk isyarat lucah

KUALA LUMPUR: Para pemandu dan netizen berang dengan sikap seorang lelaki biadab yang bertindak memotong barisan di plaza tol  yang turut  memberi isyarat lucah kepada pemandu yang dipintasnya kerana dipercayai tidak berpuas hati apabila dibunyikan hon.

“Lelaki tak ada adab. Orang lain dah beratur panjang sampai jem dekat belakang dia terus masuk line depan. Kena hon then cari gaduh,” kata  seorang pelayar yang memuat naik tiga foto yang menunjukkan muka pemandu terbabit dan nombor plat kenderaan jenis Myvi berwarna kelabu.

Kejadian itu dipercayai berlaku dekat plaza tol sebelum masuk ke Sunway semalam.

Pengguna laman sosial Facebook, Neysa Anwar yang berang dengan kejadian itu kemudiannya memuat naik gambar lelaki tersebut dan lelaki itu diselar dan dikecam kerana sikap jelek ala samseng yang diperagakannya itu.

“Lelaki ini sangat mementingkan diri dan tiada adab. Orang lain beratur panjang hampir setengah jam sampai sesak di belakang, dia boleh terus masuk, kemudian bila orang hon dan memintanya beratur dia tidak berpuas hati.

“Dia keluar ketuk cermin dan kemudiannya tunjuk jari tengah. Dia langsung tidak angkat tangan atau meminta maaf. Orang belakang beratur panjang dan hon juga,” kata Neysa dalam status Facebook miliknya.

“Jika ada sesiapa yang tahu dan bertemu dengannya di mana-mana, tolong ajarkan dia sedikit adab. Semua orang dalam keadaan terburu-buru, bukannya dia seorang,”

Di laman Twitter, Neysa turut bertindak memaut laman Twitter Polis diRaja Malaysia (PDRM) @PDRMsia dan statusnya mendapat respon segera daripada pihak PDRM.

“Salam hormat, anda diminta tampil di mana-mana balai berhampiran untuk membuat laporan agar tindakan lanjut dapat diambil. Terima kasih. @KBAB51. – Sarawakvoice